Proses

Kami percaya dengan malakukan kerja-kerja yang biasa secara konsisten pada tahap yang paling tinggi, demi mencapai “LUAR BIASA”!

Ikuti kami dalam proses pengeluaran produk-produk kami yang disediakan secara teliti untuk nikmat seharian anda!

Penyelidikan dan Pembangunan

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan kami telah dilatih secara mendalam dalam Teknologi dan Nutrisi Makanan. Dalam mencari bahan yang sesuai untuk menghasilkan produk kami, salah satu dari langkah penting adalah untuk mendapatkan pembekal yang dipercayai dan bertauliah di peringkat antarabangsa.

Untuk terus membangunkan produk-produk baru, kami juga bekerja rapat dengan pasukan Pemasaran kami untuk mendapatkan maklumat tentang ‘trend’ pasaran terkini. Bermula daripada pembekal sehinggalah kepada pengeluaran, kami sentiasa menjalankan penilaian sensori ke atas bahan mentah dan produk akhir serta mengadakan kumpulan fokus dan penilaian pengguna untuk memperbaiki produk akhir kami.

Jaminan Kualiti

Pasukan Jaminan Kualiti kami mengawal KUALITI dan KESELAMATAN produk-produk kami melalui persampelan, analisis makmal dan penilaian sensori yang mendalam ke atas semua bahan ramuan dan produk akhir. Sebelum dihantar ke Gudang, pasukan Jaminan Kualiti ini akan memastikan semua produk mematuhi spesifikasi dan piawai Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Untuk tujuan pengeluaran produk CityCafé, Pasukan Gudang kami akan mengeluarkan bahan yang diperlukan secara ‘First In First Out’ (FIFO).

Sijil HALAL yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak adalah sebagai pengiktirafan ke atas produk makanan dan minuman kepada masyarakat Islam yang dibenarkan dan mematuhi hukum-hukum syarak sebagai satu tuntutan dalam agama Islam.

Sijil MeSTi (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) yang bersamaan dengan piawaian keselamatan makanan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2003.

Standard yang Tepat

Kakitangan kami tahu akan kepentingan mematuhi standard dan memastikan konsistensi produk-produk kami. Dengan ini, anda boleh yakin bahawa semua produk CityCafé yang dijual adalah SELAMAT dan BERKUALITI kerana setiap proses (pengisian/pencampuran/pengisaran/pembungkusan) dipantau dengan ketat dari segi kebersihan kawasan dan Titik Kawalan Kritikal.

Untuk memastikan konsistensi pada rasa dan hayat simpanan, proses pembungkusan kami dibungkus sepenuhnya oleh mesin pembungkusan automatik dan menggunakan pembungkusan perlindungan yang terbaik. Setelah dihasilkan, kami akan memilih produk akhir secara rawak untuk penilaian sensori bagi memastikan tahap kepuasan produk.

*Penilaian sensori adalah pendekatan saintifik secara sistematik menggunakan lima deria utama iaitu deria lihat, bau, rasa, dengar dan sentuh. Ia dijalankan oleh sekumpulan ahli panel dalaman untuk memantau kualiti produk. Keputusan penilaian sensori akan dikumpul dan dianalisa secara statistik untuk membandingkan maklumat-maklumat terkumpul daripada ahli panel yang digunakan sebagai parameter di dalam penilaian sensori.

Send this to a friend