Bagaimana jenama kami bermula

Semua ini terjadi ketika saya bercuti di tepi pantai. Saya telah dijemput oleh sepasang suami isteri yang muda untuk duduk minum kopi bersama mereka sambil memerhatikan anak-anak mereka bermain. Pada ketika itu, saya amat tertarik bagaimana secawan kopi dapat mengeratkan ikatan silaturrahim dan menimbulkan rasa keikhlasan di antara manusia.

Pada zaman moden ini, kita terlalu bergantung kepada teknologi dan semakin lupa tentang maksud sebenar hubungan dan interaksi antara kita. Di CityCafé, kami ingin menjadi jambatan yang menghubungkan manusia melalui Hubungan dan Keikhlasan kerana kami yakin inilah cara untuk memulakan hari-hari kita..Setiap Hari!

Semoga hari anda indah dengan kopi!

Herbert Goh
Pengarah Eksekutif

Maksud logo

Burung camar melambangkan penyampai maklumat, yang membawa kebahagian dan keseronokan dalam setiap cawan produk CityCafé.

2 biji kopi yang berpadanan melambangkan hubungan dan interaksi sesama manusia. Ditempatkan di antara perkataan ‘City’ dan ‘Café’ untuk melambangkan jambatan yang menghubungkan manusia dan potongan tengah biji kopi melambangkan saluran interaksi manusia menerusi secawan kopi panas.

Warna biru pada logo melambangkan langit dan laut, yang juga menggambarkan rasa tenang, rasa ikhlas dan inspirasi.

Garisan berombak pada logo menggambarkan perjalanan sebuah impian untuk menyampaikan kepentingan berinteraksi kepada orang ramai.

Send this to a friend